This site uses cookies.
Some of these cookies are essential to the operation of the site,
while others help to improve your experience by providing insights into how the site is being used.
For more information, please see the ProZ.com privacy policy.
English to Malay: The Marketing Rollercoaster/Roller-coaster Pemasaran General field: Marketing Detailed field: Marketing
Source text - English By: Mark McCormack
Ever hear someone say "Don't listen to them! They just want to take you on a rollercoaster ride!"
Many people who care about you and your well being will say something to this effect when you are provided with a business opportunity online. It is a way to deter you from joining up but what does it mean?
A rollercoaster provides anxiety building climbs, adrenaline pumping falls and exhilarating twists and turns. Half the time one is unsure which direction they are going and after all the ups and downs and twists and turns they find themselves back where they started.
Like a rollercoaster there are times when business is slow and times when things seem to be overwhelming fast. However, the scariest part is that no one wants to end up where they started with their business. Starting up a business costs money too, so if you end up where you started you are actually at a loss.
This is what upsets people. No one wants to put themselves through such a stressful event and come out with less than what they put in! It is true that the aim of a rollercoaster is to provide some exciting entertainment, but a business is viewed as a very serious money making system. If you don't make money then the business experience is considered a total waste. A scam.
But it is exactly this mentality that prevents people from succeeding in life. Money cannot buy happiness. If you're only goal is to make money then every drop, climb and twist in your business will be felt doubly. It will consume you. To a person with this state of mind every missed chance at a sale is a disheartening loss and reason to give up.
It's like wishing a rollercoaster ride was over as you climb into the seat. Your goal is to have fun but if you are too fearful of the ups and downs then when you get to the end you've missed the point of taking the rollercoaster! Many people get off at the end and say "I'll never do that again!"
The same can be said for a home business. If you wish you had all the money before you even started your business then you are missing the point of having money. Why did you want to join a business? Most people say for the money but then why would you want money? Many people who start up their businesses do not need it to survive but rather to gain luxuries in their lives. Sure you could buy that new car or house but why does that make you happy?
It is for the status. It is for the experience; for a sense of freedom and accomplishment. Money does not buy all of these things for you but rather it is the time and energy you have spent taking on the rollercoaster.
If you start up a business with the sole intent to make money then you will end up like the other 95% of internet based businesses that fail. The most successful people take heed of the advice, "Watch out, they want to take you on a rollercoaster ride." and expect that there will be ups and downs but they have fun with them. Even if they do not make money they learn from their experiences and apply the knowledge they learn. In real life there are ups and downs to everything and it is the way one deals with these ups and downs that determines the quality of their lives.
Money is only a symbol of one's real goals. It is an illusion born from materialism that blinds so many people from the rollercoaster ride that is their life; from the rollercoaster that is their business. It makes every twist and every turn more frightening and overwhelming. Do not become blind and miss the ride because sometimes the journey is more important than its end.
Translation - Malay Oleh: Mark Cormack
Pernahkah anda mendengar seseorang berkata, “Jangan dengar cakap mereka! Mereka hanya mahu menarik kamu menaiki roller-coaster!”
Mereka yang benar-benar ambil kisah tentang diri dan kebajikan anda pasti akan membangkitkan perkara ini apabila anda ditawarkan peluang untuk membuka perniagaan dalam talian. Ini menjadi salah satu cara mereka untuk menghalang anda daripada mengambil peluang tersebut, tetapi apakah maksud sebenar di sebalik amaran itu?
Roller-coaster menghadirkan rasa resah semasa di puncak, merangsang adrenalin saat turun menjunam dan juga melahirkan perasaan yang sangat mengujakan ketika melalui liku-likunya. Separuh daripada masa anda menaikinya menimbulkan ketidakpastian tentang arah mana roller-coaster itu akan membawa anda dan setelah melalui semua liku-liku, naik dan turun, ia akan kembali semula ke tempat permulaannya.
Perniagaan boleh dianggap seperti menaiki roller-coaster, ada masanya berkembang maju dan ada ketikanya jatuh menjunam. Namun, perkara yang paling ditakuti semua ialah tiada siapa yang mahu kembali semula pada saat mereka baru sahaja memulakan perniagaan. Memulakan sesuatu perniagaan menelan kos yang besar, jadi sekiranya perniagaan anda kembali ke titik asal, anda sebenarnya sedang berada dalam kerugian.
Inilah yang menjadi kerisauan orang ramai. Tiada siapa yang mahu meletakkan diri mereka dalam keadaan tertekan dan tidak mendapat pulangan lumayan setimpal dengan modal yang dikeluarkan! Benar, menaiki roller-coaster itu nyata bertujuan memberikan satu hiburan yang sangat menyeronokkan, namun perniagaan dilihat sebagai sistem penjanaan wang yang amat serius. Jika anda tidak berhasil melakukannya, maka pengalaman dalam perniagaan tersebut boleh disimpulkan sebagai sesuatu yang sia-sia. Satu penipuan.
Akan tetapi, mentaliti seperti inilah yang menyekat ramai orang daripada memperoleh kejayaan dalam hidup mereka. Wang tidak dapat membeli kebahagiaan. Sekiranya matlamat anda hanyalah untuk membuat duit, maka setiap naik turun dan liku-liku dalam perniagaan itu pasti akan memberi kesan yang dua kali ganda impaknya. Kesan yang akan memakan diri anda. Mereka yang berfikiran sebegini pasti akan berasa setiap peluang jualan yang terlepas ialah satu kerugian yang menyesalkan dan menjadikannya asbab untuk berputus asa. Perasaan itu sama seperti mengharapkan roller-coaster yang dinaiki cepat-cepat berakhir sejurus anda menaikinya. Niat anda adalah untuk berseronok, tetapi sekiranya anda terlalu takut akan naik dan turunnya, maka pada akhirnya buang masa sahajalah anda menaikinya! Ramai yang turun daripada roller-coaster selepas selesai menaikinya berkata, “Aku tak akan buat benda macam ini lagi!”.
Perkara yang sama juga berlaku bagi perniagaan di rumah. Jika anda berharap anda mempunyai banyak duit sebelum memulakan perniagaan, jadi untuk apa anda mencari duit lagi? Mengapa anda mahu memulakan perniagaan? Ramai yang menyuarakan bahawa mereka melakukannya untuk menjana wang, tetapi mengapa anda mahukan wang itu? Banyak yang memulakan perniagaan bukan kerana untuk terus hidup, sebaliknya untuk mendapatkan nikmat kehidupan yang diulit dengan kemewahan. Ya, pasti anda boleh membeli kereta atau rumah baharu, tetapi kenapa pilihan itu yang membuatkan anda gembira?
Semuanya kerana status. Dari sudut pengalaman pula, semuanya untuk kebebasan dan mencapai matlamat. Wang tidak dapat membeli semua ini untuk anda, tetapi masa dan usaha yang anda peruntukkan semasa menaiki roller-coaster itulah yang merealisasikannya.
Jika anda memulakan perniagaan semata-mata untuk memperoleh wang, nasib anda akan menjadi seperti 95% perniagaan dalam talian yang gagal. Golongan yang berjaya pula akan berpegang teguh kepada nasihat ini, “Jaga-jaga, mereka mahu menarik kamu menaiki roller-coaster,” dan sudah menjangka segala naik turun ketika menaikinya, tetapi pada masa yang sama sangat menikmati setiap detik itu. Walaupun mereka tidak berhasil mendapatkan keuntungan, mereka akan menjadikan pengalaman itu sebagai iktibar dan belajar sesuatu daripadanya. Realitinya, sudah pasti akan ada pahit dan manis dalam setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan kita, tetapi cara seseorang itu menanganinyalah yang menentukan kualiti hidup mereka.
Wang hanyalah satu bentuk lambang dalam matlamat hidup seseorang. Lambang ini merupakan ilusi terlahir daripada materialisme yang membutakan ramai orang daripada ¬roller-coaster kehidupan dan juga roller-coaster perniagaan yang dinaiki mereka. Setiap liku-liku perjalanan yang dilalui sudah tentu sangat menakutkan tetapi pada masa yang sama sungguh mengujakan. Jangan biarkan diri anda menjadi buta sehingga ketinggalan perjalanan itu kerana perjalanan tersebut jauh lebih penting daripada pengakhirannya.
More
Less
Translation education
Bachelor's degree - Universiti Sains Malaysia
Experience
Years of experience: 2. Registered at ProZ.com: Feb 2023.